Bengkel yang terletak dibelakang rumahnya sudah menjadi tempat pencarian rezeki bagi Pak Uda sekeluarga. Di situ juga, Pak Uda meluahkan hasil seni ukirannya tanpa menggunakan sebarang perisian komputer untuk melakar. Daya ingatannya yang tajam membuatkan Pak Uda membentuk satu ukiran halus di atas kayu yang sebelumnya rata dan kasar.
Bagi mata pisau pula, Pak Uda menggunakan besi-besi yang berkualiti dan unik antaranya besi yang berasal dari landasan kereta api, besi spring Mercedes, besi ketam kayu dari Norway dan pelbagai lagi.
Untuk menyiapkan sebilah pisau, ia terbahagi kepada beberapa bahagian iaitu hulu, sampir, kasut dan batang serunai. Bahagian-bahagian ini boleh di lihat pada gambar dibawah:
Batang Serunai Sampir
Untuk maklumat lanjut boleh kunjungi Galeri Produk Langkawi yang terdapat di Pekan Rabu Kuah Langkawi.
No comments:
Post a Comment