Seramik atau lebih dikenali
sebagai tanah liat, adalah satu bahan yang telah digunakan untuk membuat
perkakasan dapur sejak zaman dahulu lagi, terutamanya mangkuk dan cawan.
Sehingga kini, ia tetap digunakan dan juga disimpan sebagai hiasan.
Seperti teapot series ini,
pengusaha memerlukan sekurang-kurangnya 2 minggu untuk menyiapkannya.
Setiap barangan yang
dihasilkan akan melalui 2 jenis pembakaran, iaitu pembakaran suhu rendah dan
pembakaran suhu tinggi.
Bagi pembakaran suhu rendah,
iaitu pada suhu 900 celsius selama 8 hingga 9 jam. Ia berfungsi untuk menguatkan
binaan seramik tersebut.
Manakala untuk pembakaran suhu
tinggi, iaitu lebih kurang 1200 darjah celsius dan dibakar selama 10
hingga 12 jam, yang bertujuan untuk memasak dan mengekalkan warna yang telah
disapu pada seramik tersebut.
Bagi membezakan barangan
seramik seseorang dengan pengusaha yang lain, warna adalah faktor utama yang
boleh dibezakan pada barangan seramik tersebut. Ini kerana warna atau dikenali
sebagai glaze perlu dibuat sendiri oleh pengusaha.
Proses pembuatan glaze adalah
sangat rumit serta jumlah dan resepinya adalah bergantung kepada pengusaha itu
sendiri. Oleh sebab itu maka tidak hairanlah mengapa harga seramik adalah lebih
tinggi dan faktor harga juga bergantung kepada saiz dan ketebalan produk.
Jika diamati, produk seramik yang dihasilkan di sini lebih bermotifkan coral atau terumbu karang, dan ia adalah 100% hasil buatan tangan dan tidak menggunakan mesin, melainkan bagi barangan yang mempunyai permukaan yang lincin. Serpihan kaca yang digunakan juga adalah salah satu bahan hiasan untuk produk seramik tersebut. Secara tidak langsung, pengusaha ini telah melakukan kitar semula bahan daripada dibuang begitu saja.
Untuk melihat pelbagai lagi hasil buatan seramik ini, anda dialu-alukan untuk datang ke Galeri Produk Langkawi. Selain mendapat ilmu pengetahuan tentang barangan kraf Langkawi anda juga dapat membeli hasil buatan anak tempatan dan membantu mereka dalam mencari punca pendapatan seharian.
No comments:
Post a Comment