Ukiran kayu merupakan salah satu produk kraf yang diusahakan di Langkawi. Ia dijadikan sebagai seni hiasan @ juga produk kegunaan. Bagi En Khairol Anuar dan En Azizul, mereka telah lama berkecimpung dalam industri ini iaitu lebih kurang hampir 23 tahun. Bengkel yang terletak di Kampung Ulu melaka telah menjadi tempat mereka mencari punca rezeki.
Mereka telah mengikuti pelbagai kursus/bengkel yang dijalankan untuk menambah lagi ilmu pengetahuan terhadap seni ini, malah telah dihantar ke Bali selama setahun untuk menimba pengalaman dan meningkatkan kemahiran dalam seni bidang ukiran.
Banyak tempahan yang diterima terutamanya daripada hotel-hotel terkemuka di Langkawi seperti The Datai Langkawi, Casa Del Mar, Hotel Tanjung Rhu dan lain-lain. Selain itu juga, mereka menerima tempahan daripada orang perseorangan.
Pelbagai motif yang digunakan dalam penghasilan ukiran kayu antaranya bermotifkan pasir, arus, ombak,air,flora dan fauna.
Motif Awan
Motif Arus
Motif Pasir
Motif Air
Motif Arus
Motif Ombak
Harapan mereka adalah supaya seni ukiran kayu yang dihasilkan dapat dipasarkan bukan sahaja dipasaran tempatan malah ke luar negara.
Untuk melihat hasil-hasil ukiran kayu yang lain, boleh la melawati Kompleks Kraf Langkawi dan Galeri Produk Langkawi. Disamping itu juga mereka akan menyertai karnival-karnival yang dianjurkan badan - badan tertentu untuk memperkenalkan hasil seni mereka dari semasa ke semasa.
No comments:
Post a Comment