Wednesday, 24 June 2015

Batik

Tahukah anda bahawa  sejak abad ke 15 Masihi, manusia telah menemui kaedah untuk membuat warna batik secara tradisional. Batik merupakan seni dan kraf yang tidak asing di negara asia terutamanya di Indonesia dan Malaysia. Batik juga merupakan salah satu elemen yang membezakan budaya di Asia dengan negara-negara Barat.




Berikut adalah bahan utama yang digunakan untuk menghasilkan warna batik pada zaman dahulu . Akar dan buah mengkudu boleh menghasilkan warna coklat dan warna kuning. Kulit pokok bongor atau nama saintifiknya Pelthophorum ferruginum digunakan dalam menghasilkan warna coklat kemerahan. Indigofera Tinctoria pula dapat menghasilkan warna indigo @ ungu dan daunnya pula menghasilkan warna biru. Kunyit digunakan untuk penghasilan warna kuning dan akan menjadi warna hijau sekiranya dicampurkan dengan warna indigo. Seterusnya daun mangga turut digunakan untuk mendapatkan warna hijau dan biji buah kesumba berupaya mengeluarkan warna merah.


Namun seiring dengan peredaran zaman, kini bahan-bahan diatas tidak lagi digunakan untuk membuat warna batik sebaliknya digantikan dengan pewarna sintetik.



Puan Halimaton Azira Bt Mohamad adalah salah seorang pengusaha batik di Langkawi. Beliau telah berkecimpung dalam bidang ini sejak tahun 1998 sehinggalah sekarang. Pelbagai hasil corak & motif batik yang telah dihasilkan beliau antaranya kehidupan laut, flora dan fauna, motif geometrik dan pelbagai lagi.



Bengkelnya yang terletak di Kg Perana, Bayas tidaklah terlalu besar, namun beliau telah pun menghasilkan pelbagai keluaran batik dan dibeli oleh individu-individu tertentu yang meminati hasil batik.



Kini hasil batik Pn Halimaton boleh diperolehi di Galeri Produk Langkawi. Puan Halimaton juga sedia menerima tempahan mengikut corak yang disukai pelanggan. Sebagai memartabatkan hasil seni tempatan, pihak galeri produk sebagai pusat jualan kraf barangan original Langkawi akan membantu memperkenalkan dan menjual hasil batik beliau supaya kraf ini dibuat secara berterusan sehingga ia dikenali dunia.
Untuk melihat hasil batik yang lain, anda boleh mengunjungi terus Galeri Produk Langkawi atau lawati dan like page facebook galeri  
https://www.facebook.com/pages/Langkawi-Gallery-Product untuk melihat pelbagai produk lain yang dijual.







No comments:

Post a Comment