Sunday, 26 July 2015

Produk Kraf Marmar/ Craft Product from Marble

Fabillah Marble merupakan satu-satunya perusahaan  marmar yang dijalankan di Langkawi Permata Kedah. Pemilik perusahaan ini adalah Encik Fabillah dan dibantu oleh anaknya Fatihad Fabillah. Fabillah Marble dibuka pada tahun 1991 sehingga kini. Perusahaan ini awalnya hanyalah membekalkan dan menerima tempahan batu nisan, namun lama kelamaan permintaan terhadap barangan kraf hasil daripada marmar mendapat sambutan yang tinggi.

Perusahaan ini terletak di kampung KEDA lebih kurang 10minit dari pekan Kuah. Dibawah ini adalah jalan utama untuk masuk dan keluar bagi penduduk kampung KEDA. Perusahaan marmar pulak ditempatkan sedikit jauh dikedalaman kerana mengelakkan bunyi bising jentera-jentera yang digunakan oleh mereka.


Pelbagai mesin yang digunakan untuk memotong marmar dan membentuk kepada bentuk yang diinginkan, manakala saiz mesin pula adalah lebih besar dan memerlukan kecekapan kedua-dua belah tangan untuk mengendalikannya. Pengalaman selama 24 tahun ini, membuatkan saudara Fatihad sudah mampu mengendalikan perusahaan ini dan tidak hairan lah jika beliau menjadi orang harapan disitu.

 Dibawah ini adalah batu marmar yang asal sebelum dipotong.


Berikut adalah mesin-mesin yang digunakan oleh mereka dan setiap mesin mempunyai kegunaan yang berbeza.






Ingin kami kongsikan kepada anda bagaimana sebuah barangan kraf di hasilkan. Berikut merupakan langkah-langkah untuk menghasilkan lesung batu:-


1. Bongkah batu marmar berbentuk segi empat sama.

2. Bongkah marmar dicengkam oleh mesin secara mengereng lalu mesin memutarkan bongkah tersebut dan menghasilkan lubang dibahagian tengah.


3. Setelah mendapat  ketebalan lesung yang diinginkan tapak bongkah tadi turut dipotong.


5. Terhasillah lesung batu daripada batu marmar.

Bagi mempamerkan hasil kraf yang dibuat, saudara Fatihad melakukan inisiatif dengan menggunakan ruangan sebelah rumahnya sebagai ruang pameran.







Untuk memasarkan produk kraf marmar ini, pihak Galeri Produk juga telah menyediakan ruang kepada beliau untuk menempatkan dan mempamerkan beberapahasil  produk kraf  daripada batu marmar.Peminat juga boleh membelinya terus untuk dibawa pulang. Pihak Galeri Produk Langkawi berharap perusahaan ini bertambah maju dan hasilnya juga dapat dipasarkan ke luar negara.

Cintailah produk tempatan kita!!



3 comments:

  1. assalamualaikum...boleh bagi contact number syarikat ni?

    ReplyDelete
  2. Batu nisan cantik.puas hati...harga berbaloi

    ReplyDelete
  3. assalamualaikum ..boleh saya dapatkan no telifon tak?

    ReplyDelete