Barangan kristal kini mendapat perhatian bagi penggemar kristal dalam dan luar negara.
Di Langkawi
satu-satunya pengusaha kristal yang ada iaitu terletak di Kompleks Kraf
Langkawi,Teluk Yu yang diusahakan oleh En Kamarul Faizy Roslan, juga anak jati Langkawi.
Bagi pemprosesan
kristal, ia melalui beberapa peringkat sebelum menjadi produk akhir.
Proses pertama,
kristal jernih yang telah dimasak pada suhu 1100 centigrade di dalam relau
diambil sebanyak kuantiti yang di perlukan.
Kemudian
diwarnakan menggunakan warna kaca kristal.
Seterusnya kristal
yang telah diwarnakan disalut dengan selapis kristal jernih untuk menampakkan warna
seperti berada di dalamnya.
Dalam masa lebih
kurang seminit sebelum kristal yang panas dan cair itu mengeras, ianya akan
dibentuk menjadi apa yang dikehendaki.
Setelah siap
dibentuk, barangan tersebut akan disejukkan pada suhu bilik selama 12 jam
untuk mengekalkan ketahanan barangan tersebut.
Semakin rumit sesuatu yang ingin dihasilkan semakin tinggi nilai barangan kristal tersebut.
No comments:
Post a Comment