Tuesday 25 August 2015

AHAD, 23 OGOS 2015 - 4.15PM


LANGKAWI: Telah diadakan satu majlis perasmian Bengkel Kraf Belia Kg Lawer yang telah dirasmikan oleh Tan Sri Khalid Ramli, Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Pembangunan Langkawi. Juga dihadiri oleh YB Nor Saidi B. Nayan (ADUN Kuah) dan jemputan-jemputan lain.

Bengkel ini telah diketuai oleh Mahadzir Md Isa selaku Ketua Belia kawasan Lawer dan merangkap pengusaha kraf tempurung yang sudah 9 tahun berkecimpung dalam bidang tersebut. Sempena perasmian bengkel tersebut, En Mahadzir mengambil peluang untuk mengucapkan kata aluan dan terima kasih kepada pihak yang banyak membantu beliau serta mempelawa belia-belia lain untuk belajar dan menggunakankan kemudahan yang telah disediakan bersama-sama.

Terdapat beberapa jenis mesin yang digunakan oleh beliau untuk menghasilkan kraf tempurung tersebut antaranya mesin untuk menebuk, mengukir, melincinkan serta memotong tempurung kelapa. Manakala disebelah bengkel tersebut juga disediakan ruang pameran bagi barangan yang telah siap dihasilkan.

Perusahaan kraf tempurung ini adalah satu-satunya yang diusahakan di Langkawi. Mereka juga menerima sebarang tempahan sebagai cenderahati perkahwinan, keraian dan lain-lain majlis.
Beliau berharap agar lebih ramai pihak yang dapat membantu beliau dalam memasarkan produk-produknya. Untuk mendapatkan barangan kraf tempurung ini, pelanggan boleh mengunjungi Galeri Produk Langkawi yang terletak di Pekan Rabu, Kuah, dan masa operasi galeri ini setiap hari kecuali hari Jumaat , dari pukul 10.00am - 6.30pm.















No comments:

Post a Comment