Produk Mengkuang
Anyaman mengkuang adalah
salah satu seni yang dijalankan oleh nenek moyang kita sejak zaman dahulu.
Namun tidak ramai yang menguasai aktiviti ini pada hari ini kerana arus
pemodenan yang mengelilingi kita menjadikan aktiviti anyaman ini ditinggalkan
sedikit demi sedikit. Keupayaan untuk menghasilkan sesuatu barangan secara
cepat dan mudah menjadikan kita lebih memilih hasil permodenan daripada memilih
hasil buatan tangan yang rumit dan memerlukan sesuatu tempoh untuk
menyiapkannya.
Puan Serian @ lebih mesra
dikenali sebagai makcik Serian adalah salah seorang pengusaha kraf yang masih
lagi mewarisi bakat menganyam mengkuang. Makcik Serian bersama-sama dengan
beberapa rakannya yang lain masih giat menghasilkan produk kraf anyaman ini
sebagai punca pendapatan tambahan mereka.
Bengkel kraf yang terletak di Pulau
Tuba, Langkawi, adalah salah satu tempat memasarkan produk-produk tersebut
selain membekalkan kepada pihak Kompleks Kraftangan Langkawi dan pihak Galeri
Produk Langkawi. Selain itu Makcik Serian juga sering menghadiri dan menyertai
pameran produk kraf yang dianjurkan oleh pihak kraftangan.
Bahan
mentah utama iaitu mengkuang diperolehi daripada pokok mengkuang yang tumbuh
disekitar Pulau Tuba, manakala pewarna pula dibeli sendiri oleh Makcik Serian.
Proses menjalinkan helaian helaian mengkuang dipanggil “kelarai”. Kelarai dibuat dengan pelbagai
corak @motif terutamanya berunsurkan alam semulajadi.
Dibawah
ini adalah proses-proses membuat bakul daripada anyaman mengkuang;
Daun mengkuang yang telah diwarnakan.
Diurut menggunakan kayu khas satu persatu untuk melembutkan daun.
Proses membuat dasar dibahagian tengah dan diikuti bucu dibahagian tepi.
Proses mematikan anyaman.
Baki mengkuang dipotong untuk kekemasan.
Bakul mengkuang yang telah siap dianyam.
Bagi meningkatkan lagi
jualan kraf Makcik Serian, pihak galeri juga telah menyediakan satu ruangan
khas untuk mempamerkan dan menjual hasil buatan anak tempatan Langkawi ini kepada penggemar produk kraf
sama ada dari dalam dan luar Negara.
Semoga usaha ini diteruskan dan tidak ditelan zaman.
Hurmmm nk tnye pewarna mengkuang nak beli dekat mana?
ReplyDelete