Mahadzir Md Isa salah seorang
lagi anak jati Langkawi yang menjalankan perusahaan kraf tempurung sejak 9 tahun yang lalu. Beliau
yang berasal dari kg Lawer Mukim Padang Mat Sirat, Langkawi kini hanya menjalankan
perusahaannya di perkarangan rumahnya. Bahan mentah utama yang digunakan iaitu
tempurung, diperolehi disekitar Langkawi, En Mahazir juga menggunakan bahan-bahan mentah yang lain sebagai
penghias tambahan kepada kraf tersebut antaranya rempah ratus yang selalu
digunakan dalam masakan.
Antara koleksi barang kraf
yang dihasilkan oleh En Mahadzir iaitu:
Bermula dengan minat, kini En Mahazir dapat menjadikan hobinya itu sebagai pendapatan tambahaan. Pihak
galeri amat berbesar hati untuk memberikan ruang pameran dan jualan kepada
beliau supaya jualan kraf tempurung
dapat dipertingkatkan. Bagi pelancong yang inginkan produk original keluaran tempatan, mereka boleh berkunjung ke Galeri Produk Langkawi.
No comments:
Post a Comment