Saturday, 13 February 2016

For Your Information

Dear Valued Customers,

Thank you for your continues support. We are pleased to announce that our Gallery had been relocated to SkyBoutique, Langkawi SkyCab.

Address

Panorama Langkawi Sdn Bhd.,
Cable Car Station, Oriental Village,
Jalan Teluk Burau,
07000 Langkawi,
Kedah Darul Aman.

Tel: 04- 959 4225/1225




 New location


Previous location

Langkawi - Spray Paint

Lukisan semburan adalah salah satu teknik melukis dimana pelukis perlu menggunakan peranti semburan untuk menyembur cat ,dakwat dan lain-lain melalui udara sebelum ia meliputi permukaan lukisan.


Lukisan semburan selalunya dilukis di permukaan yang luas seperti ditembok atau dinding bangunan, namun  bagi mereka yang kreatif , lukisan semburan juga dapat dihasilkan keatas sehelai kertas yang bersaiz A4 atau A3.

Bagi Siti Syuhada Binti Mohammad, anak kelahiran Langkawi ini telah memulakan kariernya dalam bidang ini setelah tamat persekolahan. Atas dorongan ibu bapanya juga, beliau telah menghasilkan pelbagai jenis lukisan karyanya terutamanya bermotifkan flora dan alam semulajadi.


Antara peralatan yang digunakan adalah seperti achor spray paint, oil painting paper, surat khabar lama,cebisan kertas dan lain-lain bahan kecil untuk menghasilkan kesan khas pada hasil lukisan. Kebiasaannya Siti Syuhada memerlukan masa selama 3-4 jam untuk menyiapkan sebuah lukisan termasuk mengeringkan lukisan dan pemasangan  frame/bingkai gambar.





Wednesday, 27 January 2016

Tuesday, 19 January 2016

GALERI PRODUK LANGKAWI II CAWANGAN SKYCAB


WELLCOME TO ALL!!!

Kemahiran dan daya kreatif  yang ditonjolkan oleh pengusaha produk kraf Langkawi.

Barangan yang tidak putus-putus dihasilkan supaya pelanggan SkyCab dapat membawa pulang barangan cenderamata daripada Pulau Langkawi.                                 

 Ruangan pameran yang eksklusif dan menarik.

Barisan pisau dan parang yang telah diukir halus sedia untuk dijual.



 
Suasana dalam galeri baru Cawangan SkyCab.

Pintu masuk utama Galeri Produk Langkawi cawangan SkyCab.



Beberapa item baru yang telah dimasukkan di Galeri Produk Langkawi SkyCab.


Tuesday, 25 August 2015

AHAD, 23 OGOS 2015 - 4.15PM


LANGKAWI: Telah diadakan satu majlis perasmian Bengkel Kraf Belia Kg Lawer yang telah dirasmikan oleh Tan Sri Khalid Ramli, Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Pembangunan Langkawi. Juga dihadiri oleh YB Nor Saidi B. Nayan (ADUN Kuah) dan jemputan-jemputan lain.

Bengkel ini telah diketuai oleh Mahadzir Md Isa selaku Ketua Belia kawasan Lawer dan merangkap pengusaha kraf tempurung yang sudah 9 tahun berkecimpung dalam bidang tersebut. Sempena perasmian bengkel tersebut, En Mahadzir mengambil peluang untuk mengucapkan kata aluan dan terima kasih kepada pihak yang banyak membantu beliau serta mempelawa belia-belia lain untuk belajar dan menggunakankan kemudahan yang telah disediakan bersama-sama.

Terdapat beberapa jenis mesin yang digunakan oleh beliau untuk menghasilkan kraf tempurung tersebut antaranya mesin untuk menebuk, mengukir, melincinkan serta memotong tempurung kelapa. Manakala disebelah bengkel tersebut juga disediakan ruang pameran bagi barangan yang telah siap dihasilkan.

Perusahaan kraf tempurung ini adalah satu-satunya yang diusahakan di Langkawi. Mereka juga menerima sebarang tempahan sebagai cenderahati perkahwinan, keraian dan lain-lain majlis.
Beliau berharap agar lebih ramai pihak yang dapat membantu beliau dalam memasarkan produk-produknya. Untuk mendapatkan barangan kraf tempurung ini, pelanggan boleh mengunjungi Galeri Produk Langkawi yang terletak di Pekan Rabu, Kuah, dan masa operasi galeri ini setiap hari kecuali hari Jumaat , dari pukul 10.00am - 6.30pm.















Wednesday, 12 August 2015

Produk Anyaman Mengkuang



Produk  Mengkuang



Anyaman mengkuang adalah salah satu seni yang dijalankan oleh nenek moyang kita sejak zaman dahulu. Namun tidak ramai yang menguasai aktiviti ini pada hari ini kerana arus pemodenan yang mengelilingi kita menjadikan aktiviti anyaman ini ditinggalkan sedikit demi sedikit. Keupayaan untuk menghasilkan sesuatu barangan secara cepat dan mudah menjadikan kita lebih memilih hasil permodenan daripada memilih hasil buatan tangan yang rumit dan memerlukan sesuatu tempoh untuk menyiapkannya.


Puan Serian @ lebih mesra dikenali sebagai makcik Serian adalah salah seorang pengusaha kraf yang masih lagi mewarisi bakat menganyam mengkuang. Makcik Serian bersama-sama dengan beberapa rakannya yang lain masih giat menghasilkan produk kraf anyaman ini sebagai punca pendapatan tambahan mereka. 

Bengkel kraf yang terletak di Pulau Tuba, Langkawi, adalah salah satu tempat memasarkan produk-produk tersebut selain membekalkan kepada pihak Kompleks Kraftangan Langkawi dan pihak Galeri Produk Langkawi. Selain itu Makcik Serian juga sering menghadiri dan menyertai pameran produk kraf yang dianjurkan oleh pihak kraftangan.

Bahan mentah utama iaitu mengkuang diperolehi daripada pokok mengkuang yang tumbuh disekitar Pulau Tuba, manakala pewarna pula dibeli sendiri oleh Makcik Serian. Proses menjalinkan helaian helaian mengkuang dipanggil  “kelarai”. Kelarai dibuat dengan pelbagai corak @motif terutamanya berunsurkan alam semulajadi.
Dibawah ini adalah proses-proses membuat bakul daripada anyaman mengkuang;

Daun mengkuang yang telah diwarnakan.

 Diurut menggunakan kayu khas satu persatu untuk melembutkan daun.

Proses membuat dasar dibahagian tengah dan diikuti bucu dibahagian tepi.

Proses mematikan anyaman.

Baki mengkuang dipotong untuk kekemasan.

Bakul mengkuang yang telah siap dianyam.


Bagi meningkatkan lagi jualan kraf Makcik Serian, pihak galeri juga telah menyediakan satu ruangan khas untuk mempamerkan dan menjual hasil buatan anak tempatan  Langkawi ini kepada penggemar produk kraf sama ada dari dalam dan luar Negara.

Semoga usaha  ini diteruskan dan tidak ditelan zaman. 

Tuesday, 11 August 2015

Kraf Tempurung oleh Two Pai Craft


Mahadzir Md Isa salah seorang lagi anak jati Langkawi yang menjalankan  perusahaan  kraf tempurung sejak 9 tahun yang lalu. Beliau yang berasal dari kg Lawer Mukim Padang Mat Sirat, Langkawi kini hanya menjalankan perusahaannya di perkarangan rumahnya. Bahan mentah utama yang digunakan iaitu tempurung, diperolehi disekitar Langkawi, En Mahazir juga menggunakan bahan-bahan mentah yang lain sebagai penghias tambahan kepada kraf tersebut antaranya rempah ratus yang selalu digunakan dalam masakan.


Antara koleksi barang kraf yang dihasilkan oleh En Mahadzir  iaitu:



                                                       a)   Bekas Serbaguna



b)  Bekas Potpuri

c)    Sarang Burung


d)  Cawan

e)   Bekas hiasan
f)     Cupak




Bermula dengan minat, kini En Mahazir dapat menjadikan hobinya itu sebagai pendapatan tambahaan. Pihak galeri amat berbesar hati untuk memberikan ruang pameran dan jualan kepada beliau  supaya jualan kraf tempurung dapat dipertingkatkan. Bagi pelancong yang inginkan produk original keluaran tempatan, mereka boleh berkunjung ke Galeri Produk Langkawi.